Skip to main content

Hokkaido Trip (Part 2)



Day 2: Cape Kamui, Shimamui Coast (Cape Shakotan) & Otaru

Trip ni Efy & husband decided sewa kereta untuk 2 hari. So, untuk sewa kereta kitorang sewa dengan Timescar-rental.com. Actually kitorang choose untuk pick up kereta @ 8am. Tapi pusing2 cari tempat tak jumpa, nasib baik jumpa police yang pandai speak English. Finally jumpa jugak tempat kereta sewa tuh :D
By 8.30am baru jumpa tempat sewa kereta. Settle copy document bagai, sewa ETC kad (macam TouchnGo – sewa sekali dengan machine macam SmartTag, so total cost 3,924 yen = RM145.
Sangat berbaloi2 kalau korang guna Hokkaido Expressway. Tol sangat mahal ok, so sewa je ETC kad ni boleh guna for 2 days travel (price depends berapa hari perjalanan uols so that dia boleh advise which plan better untuk uols)
 Condition kereta sangat terbaik! Kitorang choose compact car so in a way boleh jimat minyak :p Minyak untuk 5-6 hours driving for 2 days just for RM170. Sekali isi je waktu nak pulangkan kereta sebab rules dekat sana, ambil & pulangkan kereta kena isi full tank. Husband driving memang dah macam driving kat Malaysia. Speed pun kadang terlebih sampai 120-130km/h :D Highway kan, walaupun speed limit 80km/h, orang lain bawak laju bukan main. 


Untung ada wife pandai ambil gambar kan. LOL!

Kami meneruskan perjalanan ke Cape Kamui dan sepanjang perjalanan sightseeing ialah laut. Jalan pun persisiran laut je. Memang kata sepanjang perjalanan tak mengantuk langsung sebab teruja dengan keindahan ciptaan Allah S.W.T. Efy and husband memang sea lover. So disebabkan tu masing2 excited. Sampai je di Cape Kamui, excited sungguh tengok kena hiking sket. Tapi dah siap track laaa, jalan pun cantik. Cuma nak berjalan sampai ke hujung and observation view yang cantik tu ambil masa dalam less than 15 minutes. Tapi memang sangat berbaloi2 usaha sampai ke hujung tu. View tersangat laah cantik dengan angin sejuk fuhh!! Masa kat top tu boleh pulak terfikir, kalau laa earthquake jadi masa Efy kat top tu, macam mana laaa hahaha! pelik2 je kan. 



Macam ni la rupa perjalanan ke paling hujung Cape Kamui Observatory Point

Cabaran demi cabaran. Tapi iols ok je. Husband je semput kihkihkih!
Belum lagi sampai.. see.. long way to go! Hahaha!
Posing dulu la kikiki!
Finally! Yeay! Walau rasa tak stable masa panjat batu tu, ku gigihkan jua 😝
Itu je view nya...
Indahnya ciptaan Allah S.W.T 💕💕

Then kami meneruskan perjalanan ke Shimamui Coast (Cape Shakotan). Lebih kurang 20 minute daripada Cape Kamui. 


Satu lagi cabaran. Ni paling hardcore! walaupun tak jauh mana tapi tingginya tangga tu MashaAllah...
Boleh sakit lutut macam ni LOL!





Ni la tangga yang dimaksudkan. Ni rendah je. Atas sikit makin tinggi 😅
1st Hokkaido soft ice-cream @ Cape Shakotan
Tanggungjawab sebagai seorang mummy 💝
Dah penat hiking, kami meneruskan perjalanan ke Otaru. Actually dari Cape Shakotan ke Otaru tu dah OTW back to Sapporo. Disebabkan bawak follow speed limit, sampai di Otaru pun agak lambat. Jam 4.15ptg baru sampai ke Otaru. Singgah Otaru Mosque untuk solat jama' Zohor+Asar. Tapi husband sempat tidur dalam setengah jam. After solat, sightseeing di Otaru especially kat Otaru Canal. 
Add caption



Disebabkan agak lewat jugak kami sampai, planning untuk naik boat dekat Otaru Canal terpaksa cancel. Sebab plan nak pergi makan kat Warung Jawa (ayam penyet) di Sapporo city. By 6.30pm kami bergerak pulang ke Sapporo. Dalam jam 7.15pm, sampai la kami ke Warung Jawa. Satu2nya restoran Indonesia ayam penyet di Sapporo ye. Kami order 2 set ayam penyet+1 apple juice + 2 warm water. Total cost dalam 2,900 yen = RM107.30. Kalau kat Malaysia, boleh makan 9 set nasi ayam penyet Wong Solo :D Hahaha! 

Ayam penyet @ Warung Jawa, Sapporo

Then memang dah kepenatan, lepas dinner terus balik ke hotel. Jam 8 malam sana dah macam jam 10 malam di Malaysia. Most of kedai2 tutup seawal 8 malam. Tapi ada tempat2 yang 24 jam macam Tanukikoji Shopping Arcade, Family Mart, 7-eleven and seangkatannya.

Day 3: Furano



Driver of the day 💓
Drive dari hotel ke Furano ni dalam 2 jam 15 minit. So memang kena gerak awal sket la. Sepanjang2 perjalanan memang view sangat cantik. Masuk kawasan Furano, lagi laah rasa macam kat New Zealand 💞










My 1st original EO from the farm
Banyaknya barang2 lavender-based 💕


Tapi ada satu cerita best, bila kitorang kena tahan dengan police traffic LOL! OTW back from Furano-Sapporo, speed limit 60km/h sebab jalan macam turun dari Cameron Highland ke Ipoh. Tapi sebab husband overtake kereta and laju sket je but stil below 100km/h, tiba2 ada police kat belakang bagi lampu suruh berhenti tepi. Haaa cuak dia jangan cerita la. Dalam kepala," Habis laah kena saman dengan police, mahal weyh!" Nasib sangat baik ye sebab bila police tengok kita ni tourist, dia just bagi nasihat dengan sangat sopan. Biasa la orang Jepun kan, sambil nasihat sambil angguk2 senyum. Kalau polis Malaysia, masam macam baru lepas makan jeruk asam :p Since kejadian tu, memang along the way before masuk highway, husband drive kereta dengan speed 60km/h kikikiki! 


Sampai Sapporo dalam jam 3.30pm, kami singgah solat Zohor & Asar di Sapporo Mosque. Alhamdulillah rezeki kami bila ada org2 Islam yang tengah  buat perjumpaan and masak2 makanan halal. Kami pun dijamukan dengan makanan yang dah disediakan. 

Lepas solat, kami terus menuju ke Tanukikoji Shopping Arcade untuk beli souvenir2. Memang last minit shopping souvenir nih. Rushing sebab nak kejar train back to Chitose. Malam tu memang saje book hotel near to Chitose airport so that senang pagi esoknya nak bergerak ke airport awal pagi.

After return kereta sewa, terus kami ambil JR Line to Chitose and check-in hotel. 



It's time to come back to reality
Next post, Efy nak share pasal itinerary and cost di Hokkaido. In Shaa Allah, boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang berhajat untuk ke Sapporo ye 💖


xoxo 💋
Efy Ainaa


Comments

Popular posts from this blog

Ubat Tahan Sakit di dalam Labour Room. Perlu ke?

Assalammualaikum w.r.t... Alhamdulillah now Efy dah 34 weeks preggy, tahap keaktifan baby dalam perut sama lasak macam abang dia. Abang dia melompat dekat luar, baby pun melompat agaknya kat dalam perut 😆 Bila baby aktif sangat dalam perut, Efy rasa macam dah nak bersalin tahap kesakitan tu. Nak2 pula orang sekeliling suka tegur, "Eh perut tu dah turun sangat la.." "Jumpa lagi ke minggu depan nih??" and bla bla bla... Macam2 lagi pertanyaan yang buat Efy seriau tau. Baru nak rasa nervous bersalin tu sekarang, aritu macam relax2 je kan hahaha! Takpe la yang penting Efy dah start pergi check up dekat hospital mana yang nak bersalin nanti. Kena cukupkan ilmu di dada berkenaan procedure2 dalam labour room. Masa anak first tak berkesempatan pun nak belajar, second baby baru nak belajar LOL! Last check up dekat Salam Specialist, Dr Azwa memang terangkan procedure2 dalam labor room and jenis2 rawatan untuk tahan sakit bersalin. Lepas tu Dr boleh suggestkan ...

Pengalaman Bersalin di SALAM SPECIALIST Shah Alam

Assalammualaikum wrt... Hye!! Lama dah rasa tak update blog ni. Thank you to those yang wish selamat bersalin, semoga dipermudahkan, selamat berpantang.. Tahu tak, doa kalian semua sangat dihargai sebab kali ni alhamdulillah Allah permudahkan sangat proses semasa bersalin mahupun dalam pantang. Knowing Efy memang sejenis takut darah, apatah lagi kalau kena jahit. Sebab tu daripada kecik lagi Efy takkan suka2 nak mencederakan diri sebab takot kena masuk hospital, or kena ambil darah ke. Tapi kalau cucuk meaning masuk ubat ke dalam badan, takpe. Asalkan bukan ambil darah. Sebab kalau ambil darah, Efy siap boleh bayang darah tu mengalir dari dalam badan masuk ke dalam syringe 😱 Mesti korang pelik macam mana Efy hadap dua kali pregnancy yang confirm2 kena ambil darah. Kalau HB low, every 2 weeks kena ambil darah. 2nd time pregnancy aritu setiap 2 minggu sekali confirm menjejak kaki ke KK Seksyen 7, Shah Alam, lepas tu ambil darah kat lengan. Tau tak sakit?? Huhu! Memang kejung je tangan l...

THE PARENTHOOD PLAYLAND @ SUNWAY PYRAMID

  Assalammualaikum.. Hye hye! :) Al kisah bila husband kata nak pegi hantar kereta repair kat PJ,so Efy pun terfikir nak pegi mana bawak si kecik tu jalan2 sementara tunggu kereta siap ye. Hurrmmm TING! Idea! 2 hari jugak la berfikir. Atlast, Efy decide nak ajak husband pegi Sunway Pyramid (tempat wajib menapak every week sebab Sun-U dekat area situ je). Kenapa Sunway Pyramid?? Sebab...... kat situ ada new family park, THE PARENTHOOD! Serious best gila utk anak2 yang dah boleh berjalan and main2. Plus decoration tempat tu ala2 kat overseas gitew. So, nak fefeeling bawak Rayyan spend quality weekend time together la konon, Efy and husband decided spent time kat situ la. Dalam kul 11 pagi baru keluar rumah, hantar kereta dulu. As usual weekend tengahari memang dah start jem. Drop kereta kat bengkel then amk Grab ke Sunway Pyramid. Mudah sangat bila ada khidmat Grab ni. Sampai je, masing2 dah lapar. So pergi la lunch dulu. Melayan si Rayyan makan carrot dia. Mumm...