Assalammualaikum w.r.t...
Alhamdulillah now Efy dah 34 weeks preggy, tahap keaktifan baby dalam perut sama lasak macam abang dia. Abang dia melompat dekat luar, baby pun melompat agaknya kat dalam perut 😆
Bila baby aktif sangat dalam perut, Efy rasa macam dah nak bersalin tahap kesakitan tu. Nak2 pula orang sekeliling suka tegur, "Eh perut tu dah turun sangat la.." "Jumpa lagi ke minggu depan nih??" and bla bla bla... Macam2 lagi pertanyaan yang buat Efy seriau tau. Baru nak rasa nervous bersalin tu sekarang, aritu macam relax2 je kan hahaha!
Takpe la yang penting Efy dah start pergi check up dekat hospital mana yang nak bersalin nanti. Kena cukupkan ilmu di dada berkenaan procedure2 dalam labour room. Masa anak first tak berkesempatan pun nak belajar, second baby baru nak belajar LOL!
Last check up dekat Salam Specialist, Dr Azwa memang terangkan procedure2 dalam labor room and jenis2 rawatan untuk tahan sakit bersalin. Lepas tu Dr boleh suggestkan ambil Epidural, which is memang Efy anti daripada 1st baby lagi. Kalau normal, memang Efy takkan ambil Epidural, biar lah sakit macam mana pun contraction, tapi tetap will say no to Epidural (unless czer, Nauzubillahiminzalik)...
Tapi Efy just nak share apa itu Entonox, Pethidine & Epidural. Semua ini ialah jenis2 rawatan untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. So, check it out! 😀
ENTONOX
Satu campuran Oxygen dan Nitrous Oxide yang sangat melegakan kesakitan walaupun tidak sepenuhnya. Caranya, just perlu sedut gas melalui topeng yang dipegang di tangan. Ketika sakit pada kemuncak kelahiran, tarik je alat pernafasan tersebut dan bernafas sedalam yang mungkin. Ia perlu dilakukan setiap kali rasa sakit. Sekurang-kurangnya 30 saat diperlukan untuk gas tersebut meresap ke dalam aliran darah setelah disedut. Gas ni just boleh mengurangkan peritnya sakit. Kalau overdose, boleh rasa sampai nak pitam.
Ini experience Efy masa anak 1st. Efy ambil Entonox bukan masa contraction, malah selepas melahirkan dan semasa dijahit LOL! Pelikkan! Tapi tu la kisah seorang yang bernama Efy yang memang penakot ya amat. Walaupun dah dapat bius masa dijahit, tetap mind set ni terbayang-bayang nurse tu jahit. Boleh kata setiap 2 minit tanya dekat nurse, "Nurse, nurse..lama lagi ke nak siap tu..?" Sampaikan nurse pun annoying hahaha! Bila dah siap jahit, terasa macam still bleeding. Bila check balik rupanya ada lagi serpihan2 yang tertinggal 😓 Cuba bayangkan bila mana 1st jahitan terpaksa dibuka balik untuk keluarkan serpihan2 tu then dijahit semula????
Mana laa Efy tak meraung. Memang minta jasa baik Doktor untuk dipengsankan. Akibat tak tahan desakan Efy, doktor bagi Entonox, and silap besar bila Efy pegang sendiri, memang la Efy sedut sampai tak rasa apa2 AKA pengsan LOL! It's about 4.30pm, Efy pengsan sampai jam 8.20 malam but still macam pening2 lalat. By 11.10pm baru nurse bagi discharge from the labour room. Padahal bersalin kat government hospital, tapi fefeeling macam private sebab stay lama sangat kat labour room tu sambil ditemani suami dan anak kihkihkih! Dan kejadian seterusnya berlaku...........bila dah pening2 macam tu, nurse suruh kita bersihkan diri bagai. Once masuk je bilik air, terus pengsan, maybe effect pening entonox tak hilang lagi dicampur lagi dengan tengok darah banyak. LOL! Memang sejenis penakot darah (sekarang pun sama and still berfikir macam mana nak lalui 2nd time experience nanti 😕)
Pengsan dengan jatuh terduduk, selepas bersalin. Uols rasa???? Mak2 dengar semua terkejut sebab sangat2 sensitif utk org lepas bersalin utk jatuh terduduk. Sebab of course rahim sangat lemah masa tu and potential utk rahim jatuh pun sangat tinggi. Memang pengalaman yang sangat2 perit, sebab Efy diduga selepas kelahiran bayi, bukan semasa kehamilan atau semasa kelahiran. That's why Efy cari Premium Beautiful untuk support rahim. Sebab PB sangat2 membantu tak kira sama ada untuk luaran mahupun dalaman.
PETHIDINE
Ia biasanya diberikan pada awal peringkat kelahiran, terutamanya kalau kita rasa cemas teramat sangat sebab nak bersalin and sukar untuk merelaxkan diri. Ia mungkin diberi melalui suntikan pada punggung atau peha. Maybe some akan rasa tenang but ada jugak some yang tak dapat kawal diri dan berasa mabuk.
EPIDURAL (the scariest one for me LOL)
Tengok gambar pun dah scary kan LOL! Sebab kena cucuk kat bahagian belakang adoiii!! Epidural sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan saraf di bahagian bawah badan berasa kebas untuk seketika. Ia akan disuntik di celah saraf Vertebrata kepada wanita yang tak mampu nak kawal sakit semasa bersalin. Untuk czer case, memang diwajibkan ambil Epidural. Kalau tak ambil, uols rasa tak sakit tak bila perut tu kena korek2?? Pengsan! Nak pula kita dimomokkan bila ambil Epidural, long term effect is sakit belakang. Which is actually cara penjagaan masa berpantang tu yang effect masa hari tua, tak kira la sama ada ambil Epidural atau tak 😄
Sebab tu orang2 yang dalam pantang sangat digalakkan untuk berpantang dengan Premium Beautiful korset. Disamping untuk mejaga rahim, PB mampu untuk membuang angin2 dalam badan, reshape body ke anak dara shape and burn lemak2 tepu yang dah bersarang selama uols mengandung. Selain itu, PB juga mampu untuk mengelakkan bengkak susu dan melancarkan pengeluaran darah nifas supaya tak berbuku2. PB korset memang masuk dalam list wajib barang2 keperluan bersalin lah kiranya.
My preparation untuk bersalin dan berpantang, almost complete yeay! Excited pulak nak bersalin 💕 |
Untuk yang kali ke-2 ni, hari2 Efy berdoa semoga proses kelahiran dalam keadaan yang normal and dipermudahkan, in Shaa Allah...Banyak2kan bersujud sebab kepala bayi akan berat ke bawah mengikut graviti (bak kata Dr Azwa).
Sekian sharing untuk kali ini. Ilmu di dada tak penuh pun nak share tapi sekadar nak share apa yang Efy tahu untuk bakal2 ibu ye 😀 Semoga bakal2 ibu di luar sana dipermudahkan semasa kehamilan dan juga semasa dan selepas kelahiran. Ameen..... 💓
Comments
Post a Comment