Skip to main content

Pengalaman Bersalin di SALAM SPECIALIST Shah Alam

Assalammualaikum wrt...

Hye!! Lama dah rasa tak update blog ni. Thank you to those yang wish selamat bersalin, semoga dipermudahkan, selamat berpantang.. Tahu tak, doa kalian semua sangat dihargai sebab kali ni alhamdulillah Allah permudahkan sangat proses semasa bersalin mahupun dalam pantang.

Knowing Efy memang sejenis takut darah, apatah lagi kalau kena jahit. Sebab tu daripada kecik lagi Efy takkan suka2 nak mencederakan diri sebab takot kena masuk hospital, or kena ambil darah ke. Tapi kalau cucuk meaning masuk ubat ke dalam badan, takpe. Asalkan bukan ambil darah. Sebab kalau ambil darah, Efy siap boleh bayang darah tu mengalir dari dalam badan masuk ke dalam syringe 😱

Mesti korang pelik macam mana Efy hadap dua kali pregnancy yang confirm2 kena ambil darah. Kalau HB low, every 2 weeks kena ambil darah. 2nd time pregnancy aritu setiap 2 minggu sekali confirm menjejak kaki ke KK Seksyen 7, Shah Alam, lepas tu ambil darah kat lengan. Tau tak sakit?? Huhu! Memang kejung je tangan lepas ambil darah 😂 Tapi redha jela nak buat macam mana. Paling menyampah bila nurse cari urat tak jumpa. Dicucuk tempat lain. Adddooiii rasa geram je tengok nurse tu kan 😂

Okay nak cerita pengalaman bersalin kali ni di SALAM Specialist Hospital Shah Alam. 


Kali ni Efy prefer nak bersalin kat private sebab masa 1st time haritu dah pergi Governement Hospital. So kali ni Efy cakap kat husband teringin nak bersalin kat private pula. Sebab terkilan kat government husband tak boleh ada all the time dengan kita. Kali ni, haaa dari tak sakit, sakit contraction setiap seminit, baby lahir sampai la discharge, memang husband always di sisi. Hohoho!! Puas hati!

Actually due Efy ialah 24/2/2018. Tapi disebabkan last scan (12/2/2018) baby dah 3.5kg +-428gram, so Dr suggested untuk induce Efy. Sebolehnya dia usaha untuk Efy go for normal delivery. Katanya badan Efy kecik, kalau baby besar sangat nanti susah nak keluar, Dr terpaksa czer. Dengar je perkataan czer, terus la Efy berfikir banyak kali huhu memang sebolehnya tak nak czer, nauzubillahiminzalik....
So Dr suggested esoknya (13/2/2018) untuk induce, tapi Efy minta sehari lagi untuk Efy enjoy last2 moment preggy. So tarikh induce Efy pilih 14/2/2018. Sebenarnya banyak version Efy dengar pasal induce ni. So balik je daripada check up, Efy dok la pujuk2 baby dalam perut supaya keluar normally, tayah induce. Nak2 13/2/2018 tu tarikh anniversary Efy and Husband yg ke -2. So kalau baby nak keluar same date, memang terbaik lah! 😍 Tapi apakan daya, baby kali ni relax sangat, selesa sangat duduk dalam perut mummy. Suka kot sebab mummy bawak dia berjalan and shopping merata2 😂 

Tanggal 14/2/2018, Efy keluar rumah jam 8pagi, bersama dengan husband pergi serah diri untuk bersalin (perasaan rasa macam nak berjuang sebab bersalin ni org kata 50:50 hidup atau mati). Dengan tinggal Rayyan dekat rumah dengan atok nenek, nampak pula Rayyan nangis2 nak ikut kita sampai melambai2 tangan nak ikut, sayunya perasaan masa tu Allahuakbar.. Menangis2 dalam kereta 😭

Tepat jam 8.10pagi, sampai la kitorang kat SALAM. Register untuk warded dalam 5 minit, lepas tu terus masuk dalam ward untuk bersalin. Masuk je nurse dah suruh tukar baju pink (baju bersalin) and terus check contraction. Tapi..... sebelum check contraction, diseluk dulu ye nak tengok bukaan berapa cm. Masa tu baru buka dalam 3-4cm. Nurse (dia suruh pggil Kak Sham, baik sangat! Sekali pandang mcm tengok mak sendiri...tenang je 😍) siap kata,”awak ni sekejap je ni, in Shaa Allah Zohor nanti bersalin lah awak.. Adoii masa tu dengar mula2 dah excited dah sebab dapat bersalin waktu siang, sebab sebolehnya taknak duduk lama2 kat hospital hehehe!

Dah siap check contraction semua, nurse suruh masuk dalam labour room, untuk diinduce. Seperti biasa, tangan akan di drip. Sebabkan Efy cakap tadi memang penakut kena cucuk, nurse kata urat Efy menari2, sampai kena cucuk balik kat tempat lain sebab tak jumpa urat 😭 sakit oiiii!
Then antibiotik dimasukkan after setengah jam, baru ubat induce dimasukkan...


Bila ubat induce dah masuk, nurse kata lagi 30 minit saya pecahkan air ketuban ye. OMG!!! Pecahkan ketuban?? Rasa nak pengsan plus cuak gila! Sebelum ni memang pecah sendiri, kali ni kena paksa pecah addoii macam2 dah dalam otak masa ni hahaha!

Tepat jam 10.40pagi, nurse datang untuk pecahkan air ketuban. Ohoiiii deras betul air ketuban tu keluar siap kena vacuum lagi. Haaa berat air ketuban rupanya Efy ni LOL! Lepas je air ketuban pecah, tak rasa lagi contraction walaupun bukaan dah 5cm. Pelik kenapa baby ni relax sangat 🤣 Then nurse increasekan dos induce up til 48. Masa ni dah start rasa contraction, lama2 setiap 2 minit sakit. Then setiap seminit pulak! Masa ni tak sempat nak ambil nafas, dah sakit, sampai menggigil2 Efy tahan sakit. Allahuakbar sakitnya memang tak tertahan sangat2! Nurse suggest ambil Pethidine, Efy pun ambik je sebab tak tahan sangat. Rupanya effect dia membantu tahan sakit tu dalam 30% je, patut laaa rasa sakit je lagi eventho dah cucuk pethidine. Hahaha! Time ni husband memainkan peranan sangat penting. Tapi husband Efy sejenis suka menegur. Bila dia nampak kat screen contraction monitor naik 100, dia pegi tegur kata, “uish naik sampai 100!” Tak ke cuak kita dengar!! LOL!


Sampai satu tahap Efy cakap kat husband, “Abang abang tolong panggilkan nurse, rasa macam nak berak ni..!”
Time ni memang dah 10cm, dekat-dekat jam 1.20tghari. Nurse and Dr dah prepare peralatan semua, memang nampak la masing2 prepare nak sambut kelahiran baby ni. Tapi Efy sempat lagi minta Enthonox sebab nak bagi kurangkan sakit. Sedut tiga kali, terus push... pusshhhhhhh... alhamdulillah cukup dua kali push yang panjang, keluar la seorang baby boy yang so far di beri nama Ahmad Rayqal.......... @ 1.46pm. Ngam2 time azan zohor... Allahuakbar.. Ingat nak bagi nama baby zohor hehehe!


Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan sangat2! Nak pula request bilik 209 (SUPERIOR), rezeki dapat bilik tu. So husband boleh lah tidur atas kerusi panjang, selesa sket. Bilik 209 ni bilik paling best sebab superior room and ada kerusi panjang untuk husband tidur. So, esoknya weols memang berehat sepuas2nya sebab takde yang datang visit. Rasa macam bercuti di hospital pulak. Balik rumah baru ramai datang visit 😂
Alhamdulillah jugak Efy dah boleh discharge by tengahari 15/2/2018.. home sweet home! Rindu Rayyan lagi 😍

Sebelum balik, husband seperti biasa kena uruskan hal2 untuk discharge. Siap dapat tote beg as a free gift from SALAM HOSPITAL lagi yeaayy!! Ingatkan MK beg! LOL!



So dalam beg tu ada sample susu untuk baby and mummy (Enfalac & Enfamum), sample diapers (Mamypoko & Huggies), Moisturizer and Mask untuk mummy yeaay! 

Overall, servis memang tiptop! Doktor and nurses terbaik!
Package delivery pun berbaloi2! 


package Antenatal class 2018 untuk yang berminat
Sekian, cerita pengalaman bersalin untuk kali yang kedua. Ketiga?? Nanti bagi Efy rehat dulu or rehat selamanya pun ok LOL! Seriau masih ada ye hahaha!!

XOXO,
Efy Ainaa

Comments

  1. Alhamdulillah..mummy n baby selamat..
    Kitr tgh survey hospital antara salam n kpj ni..mcm best je review awak..
    Awak dgn dr.siti mariam ke..
    Cek up dr awal preggy ke..

    ReplyDelete
  2. Hi.. so how much your total cost for delivery at Salam Hospital? Thank you :)

    ReplyDelete
  3. Salam sis. Nk tanya total cost overall awk bersalin dkt situ berapa.? Sy pnh dgr. Smpai 12k.. dorg kata better pergi hospital umra

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ubat Tahan Sakit di dalam Labour Room. Perlu ke?

Assalammualaikum w.r.t... Alhamdulillah now Efy dah 34 weeks preggy, tahap keaktifan baby dalam perut sama lasak macam abang dia. Abang dia melompat dekat luar, baby pun melompat agaknya kat dalam perut 😆 Bila baby aktif sangat dalam perut, Efy rasa macam dah nak bersalin tahap kesakitan tu. Nak2 pula orang sekeliling suka tegur, "Eh perut tu dah turun sangat la.." "Jumpa lagi ke minggu depan nih??" and bla bla bla... Macam2 lagi pertanyaan yang buat Efy seriau tau. Baru nak rasa nervous bersalin tu sekarang, aritu macam relax2 je kan hahaha! Takpe la yang penting Efy dah start pergi check up dekat hospital mana yang nak bersalin nanti. Kena cukupkan ilmu di dada berkenaan procedure2 dalam labour room. Masa anak first tak berkesempatan pun nak belajar, second baby baru nak belajar LOL! Last check up dekat Salam Specialist, Dr Azwa memang terangkan procedure2 dalam labor room and jenis2 rawatan untuk tahan sakit bersalin. Lepas tu Dr boleh suggestkan ...

THE PARENTHOOD PLAYLAND @ SUNWAY PYRAMID

  Assalammualaikum.. Hye hye! :) Al kisah bila husband kata nak pegi hantar kereta repair kat PJ,so Efy pun terfikir nak pegi mana bawak si kecik tu jalan2 sementara tunggu kereta siap ye. Hurrmmm TING! Idea! 2 hari jugak la berfikir. Atlast, Efy decide nak ajak husband pegi Sunway Pyramid (tempat wajib menapak every week sebab Sun-U dekat area situ je). Kenapa Sunway Pyramid?? Sebab...... kat situ ada new family park, THE PARENTHOOD! Serious best gila utk anak2 yang dah boleh berjalan and main2. Plus decoration tempat tu ala2 kat overseas gitew. So, nak fefeeling bawak Rayyan spend quality weekend time together la konon, Efy and husband decided spent time kat situ la. Dalam kul 11 pagi baru keluar rumah, hantar kereta dulu. As usual weekend tengahari memang dah start jem. Drop kereta kat bengkel then amk Grab ke Sunway Pyramid. Mudah sangat bila ada khidmat Grab ni. Sampai je, masing2 dah lapar. So pergi la lunch dulu. Melayan si Rayyan makan carrot dia. Mumm...