Skip to main content

Preparation ke Pulau Kedua terbesar di Jepun

Assalammualaikum wrt... 
Tengok gambar pun dah tau kan this year's destination Efy and husband 😄
Tapi bezanya tahun ni, dua2 anak memang ditinggalkan atas faktor2 cuaca, kesihatan dan keselamatan. At first, memang plan nak bawak Rayyan, siap dah beli flight ticket untuk dia lagi. Tapi bila fikir2kan balik weather dekat sana yang kadang hujan etc, so terpaksa burn je ticket and tinggal la si Rayyan kat Malaysia. Adik dia plak sebab baru 6 bulan, Efy tak berani lagi nak bawa Rayqal travel tempat sejuk2 ni. In addition, knowing Japan's health care cost memang sangat tinggi ye. So, we decided not to bring any of them.. Bye bye Rayyan & Rayqal, mummy & daddy pergi honeymoon 😆

Preparation???

READY-TO-EAT FOOD (BRAHIM'S & SHARIFAH)
Walaupun berdua, tapi disebabkan free & easy travel, itinerary by myself and so on, preparation memang sangat kaw kaw hauliaw! LOL! Prepare itinerary sendiri, fikir nak beli ready-to-eat food from Malaysia, especially NASI! Sebab Efy sejenis tekak tak boleh nak telan Sushi! Bau pun tak boleh, boleh loya tekak weh! So memang contradict dengan husband. So, memang wajib bawak Brahim or Sharifah's food brand ke sana. Lagi pulak Efy memang tak boleh lari dengan nasi walau sehari! Kalau tak dapat nasi, boleh menggigil satu badan laah. Sebab tu bila Efy consume Set Kombo Kurus SHOM ni, Efy boleh cut down rice intake je. Takde laa nak bedal sampai 2-3 pingan nasi kan. Al maklum laa ibu2 menyusu ni kalau dapat peluang bedal berpinggan2 memang heaven. Tapi lepas tu, perut boroi ke depan kikikiki! Kalau pakai Premium Beautiful korset je, confirm perut tak ke depan gitteww!

Boleh beli kat Tesco je
PASSPORT
Passport pulak perlu atleast 6 months validity. Disebabkan expiry in Jan 2019, so kena la renew sekarang. Beza betul gambar tahun 2013 dengan 2018 tu. Beza part pipi pau kikiki! Makin berpau2 pulak sekarang ni. Tapi nasib baik maintain slim ewaah!

INTERNATIONAL DRIVING LICENSE
Bila lagi nak merasa drive kat tempat orang kan. Haaa so peluang nih! Sebab itinerary pun pergi tempat2 yang rare which is far from the town, kena la sewa kereta. Public transport tak sampai ke dalam hutan/pantai 😍
Senang je nak buat driving license ni. All you need is RM150+1 passport photo then pergi je JPJ bagitahu nak buat international driving license. Tak sampai setengah jam je dah siap dah. FYI, international driving license tu valid for 1 year. 


KERETA SEWA 
Efy book online terus sebab risau kat sana kehabisan kereta. Al maklum la peak season ni banyak kereta dah fully book. To be safe, memang terus book online. So far Efy jumpa paling best dekat RENTALCARS.COM

Apa yang wajib choose masa nak sewa kereta?
➤ Location pejabat kereta sewa (Efy ambil yang murah dan paling dekat dengan hotel iaitu di Sapporo Train Station)
➤ Duration sewa kereta. Efy sewa untuk 1 hari setengah tapi charge untuk 2 hari jugak. Ambil jam 8 pagi, 30 August, pulang jam 10 malam, 1 September.
➤ Jenis kereta? Uols boleh choose either nak Hybrid, Compact or SUV. Depends on berapa ramai passenger. Macam Efy sebab berdua je, so of course la choose compact je.
➤ Full protection aka insurans. Wajib ambil sebab sejenis yang precaution. Malang tidak berbau ye. Nauzubillahiminzalik kalau jadi apa2 accident kat sana, atleast tak perlu nak bare the cost.

HOTEL
Oleh kerana plan asal nak bawa Rayyan, so memang Efy choose hotel. Knowing hotel kat Jepun ialah di antara hotel2 termahal. Tapi demi keselamatan (anak tengah membuas), so Efy prefer hotel sebab usually kalau rumah kat Airbnb memang penuh dengan barang2. Dibuatnya pecah ke apa satu hal plak nak kena ganti. Hotel pun baru book in last April '18. So tahu2 laa bila agak2 last minute harga tu memang berdentum! So next entry Efy akan share hotel mana yang weols stay hokayh! Sekarang ni teaser je dulu ecewah!

FLIGHT TICKET
Part ni paling tak boleh tahan sebab asal murah je harga tiket. Bila dah add-on infant, luggage + seat so plus minus more than RM2k. Again, tiket Rayyan memang burn je laaa sobs sobs sobs....

Next entry, Efy akan update Itinerary yang Efy buat sendiri untuk trip ni.
Tapi......
Tunggu laa iols balik ke bumi Malaysia hokayh!

Salam sayang dari KLIA2,
Efy Ainaa



Comments

Popular posts from this blog

Ubat Tahan Sakit di dalam Labour Room. Perlu ke?

Assalammualaikum w.r.t... Alhamdulillah now Efy dah 34 weeks preggy, tahap keaktifan baby dalam perut sama lasak macam abang dia. Abang dia melompat dekat luar, baby pun melompat agaknya kat dalam perut 😆 Bila baby aktif sangat dalam perut, Efy rasa macam dah nak bersalin tahap kesakitan tu. Nak2 pula orang sekeliling suka tegur, "Eh perut tu dah turun sangat la.." "Jumpa lagi ke minggu depan nih??" and bla bla bla... Macam2 lagi pertanyaan yang buat Efy seriau tau. Baru nak rasa nervous bersalin tu sekarang, aritu macam relax2 je kan hahaha! Takpe la yang penting Efy dah start pergi check up dekat hospital mana yang nak bersalin nanti. Kena cukupkan ilmu di dada berkenaan procedure2 dalam labour room. Masa anak first tak berkesempatan pun nak belajar, second baby baru nak belajar LOL! Last check up dekat Salam Specialist, Dr Azwa memang terangkan procedure2 dalam labor room and jenis2 rawatan untuk tahan sakit bersalin. Lepas tu Dr boleh suggestkan ...

Pengalaman Bersalin di SALAM SPECIALIST Shah Alam

Assalammualaikum wrt... Hye!! Lama dah rasa tak update blog ni. Thank you to those yang wish selamat bersalin, semoga dipermudahkan, selamat berpantang.. Tahu tak, doa kalian semua sangat dihargai sebab kali ni alhamdulillah Allah permudahkan sangat proses semasa bersalin mahupun dalam pantang. Knowing Efy memang sejenis takut darah, apatah lagi kalau kena jahit. Sebab tu daripada kecik lagi Efy takkan suka2 nak mencederakan diri sebab takot kena masuk hospital, or kena ambil darah ke. Tapi kalau cucuk meaning masuk ubat ke dalam badan, takpe. Asalkan bukan ambil darah. Sebab kalau ambil darah, Efy siap boleh bayang darah tu mengalir dari dalam badan masuk ke dalam syringe 😱 Mesti korang pelik macam mana Efy hadap dua kali pregnancy yang confirm2 kena ambil darah. Kalau HB low, every 2 weeks kena ambil darah. 2nd time pregnancy aritu setiap 2 minggu sekali confirm menjejak kaki ke KK Seksyen 7, Shah Alam, lepas tu ambil darah kat lengan. Tau tak sakit?? Huhu! Memang kejung je tangan l...

THE PARENTHOOD PLAYLAND @ SUNWAY PYRAMID

  Assalammualaikum.. Hye hye! :) Al kisah bila husband kata nak pegi hantar kereta repair kat PJ,so Efy pun terfikir nak pegi mana bawak si kecik tu jalan2 sementara tunggu kereta siap ye. Hurrmmm TING! Idea! 2 hari jugak la berfikir. Atlast, Efy decide nak ajak husband pegi Sunway Pyramid (tempat wajib menapak every week sebab Sun-U dekat area situ je). Kenapa Sunway Pyramid?? Sebab...... kat situ ada new family park, THE PARENTHOOD! Serious best gila utk anak2 yang dah boleh berjalan and main2. Plus decoration tempat tu ala2 kat overseas gitew. So, nak fefeeling bawak Rayyan spend quality weekend time together la konon, Efy and husband decided spent time kat situ la. Dalam kul 11 pagi baru keluar rumah, hantar kereta dulu. As usual weekend tengahari memang dah start jem. Drop kereta kat bengkel then amk Grab ke Sunway Pyramid. Mudah sangat bila ada khidmat Grab ni. Sampai je, masing2 dah lapar. So pergi la lunch dulu. Melayan si Rayyan makan carrot dia. Mumm...